BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

ANIZAH BT ROSLAN

Simpulan Bahasa


Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.

Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut
orang yang banyak bercakap
batu api
orang yang suka menghasut
batu loncatan
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang
tali persaudaraan yang jauh
bawah angin
negara-negara di sebelah timur
bekas tangan
hasil kerja tangan seseorang
beralih akal
berubah fikiran atau pendapat
beralih angin
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati
enggan; malas
berat mulut
pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang
orang yang malas bekerja
berat sebelah
tidak berlaku adil
berbelah bagi
sukar untuk membuat keputusan
berhati batu
degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua
tidak jujur
bertikam lidah
bertengkar; berdebat
besar hati
bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala
degil; sukar menerima pandangan orang lain

Pilih jawapan maksud peribahasa yang sesuai.




Mari Belajar Simpulan Bahasa

Latihan Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut
  bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka

1.    Pagi tadi Ah Meng  ...................  sebelum pergi Taiping.

2.    ....................   Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

3.    Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen 
       ..........................

4.   Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................

5.   Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.

6.   Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.

7.   Ayahnya terlalu ...........................  kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.

8.   Perompak itu hendak  ......................  mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat 

      menembaknya.

9.   Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu   ...........................

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat   ...........................

Rehat seketika ...Mari nyanyi lagu Terima Kasih Guruku.........

Nilai Murni : Panduan Hendak Berjaya

Mari Belajar Membuat Sarapan Berkhasiat - Sandwic


  Bahan-bahan membuat sandwic

1. Roti
2. Sardin
3. Mentega
4. Timun

 Cara-cara membuat sandwic

1. Mula-mula,  masukkan satu tin sardin ke dalam mangkuk.

2. Kemudian, hancurkan sardin tersebut.
 
3. Selepas itu, sapukan mentega pada roti. 

4. Seterusnya, letakkan sardin pada roti.

5. Akhir sekali, letak hirisan timun. 
           
6. Sandwic sedia untuk dimakan.                     
   
                                                         

Total Pageviews

About Me

My photo
Rawang, Selangor, Malaysia

MUTIARA KATA HARI INI

.

Masa Itu Emas

Forum:

My Blog List

Kalender:

KAMUS

.

PENDIDIKAN

.

Followers

Klik

.

SIARAN HARI INI

.

Sinar.fm